Selasa, 15 November 2011

USING INFORMATION TECHNOLOGY FOR GAINING COMPETITIVE ADVANTAGE.

Subtopik 2.1 : Kuasa Persaingan

Sistem maklumat membantu organisasi untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan kewujudan teknologi, organisasi dapat memperolehi beberapa kepentingan seperti menjalankan operasi dengan sistematik dan pantas seiring dengan perkembangan teknologi, meningkatkan saluran komunikasi, meluaskan pasaran dan kerjasama luar dengan organisasi lain, memperolehi maklumat terkini seperti trend atau citarasa pelanggan, dan yang utama dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT) dalam organisasi melalui sistem maklumat.

Oleh itu, sistem maklumat strategik perlu dibangunkan di mana sistem ini menyokong, membentuk dan melakukan strategik kompetitif dalam sesebuah organisasi. Sistem ini boleh merubah matlamat, proses, produk atau hubungan persekitaran dalam membantu organisasi mendapat kelebihan strategik. Strategik merujuk kepada suatu keadaan jangka masa panjang serta kebaikan/keuntungan besar yang diperolehi organisasi berbanding organisasi lain. Kompetitif adalah bersifat persaingan; cenderung atau suka bersaing. Menurut Porter (1985), kompetitif merupakan penentu kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan strategik sistem maklumat dan sumber manusia saling memerlukan untuk mempengaruhi strategi organisasi.



Kemunculan teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam pengurusan strategik, antaranya seperti mewujudkan aplikasi yang mendatangkan kelebihan strategik kepada organisasi, menyokong perubahan strategik (contohnya; re-engineering), mengurangkan kos, seperti kos pengiklanan/kos perjalanan dan memberi kompetitif/persaingan perniagaan yang sengit. Dalam kebanyakkan industri, maklumat telah menjadi fakta yang paling penting untuk membezakan samada sesebuah organisasi itu berjaya atau tidak. Proses pengurusan yang strategik boleh dimudahkan bagi organisasi yang mempunyai sistem maklumat yang berkesan. Maklumat yang dikumpul, diperbaiki dan disimpan boleh digunakan untuk membantu kelebihan bersaing dalam beberapa cara seperti jualan silang kepada pengguna, pemantauan pembekal, memastikan pekerja dan pengurus sentiasa bermaklumat dan menyelaraskan aktiviti sesama bahagian dalam organisasi.

Sistem maklumat yang baik membantu mengurangkan kos. Contohnya, pesanan secara talian (on-line) daripada jurujual kepada kemudahan pengguna dapat mengurangkan masa pesanan belian dan mengurangkan kos inventori. Pembaikan kualiti dan perkhidmatan selalunya terhasil daripada pembaikan sistem maklumat.

Mengumpul dan menilai maklumat pesaing amat penting untuk kejayaan pembentukan strategi. Dewasa ini, banyak organisasi menggunakan kemajuan teknologi maklumat; internet untuk memperolehi kebanyakkan maklumat pesaing. Dengan internet, maklumat pesaing diperolehi dengan lebih pantas, teliti, mudah dan tepat. Maklumat pesaingan sebenarnya boleh digunakan dalam keputusan-keputusan pembentukan, perlaksanaan dan penilaian strategi. Sumber-sumber maklumat pesaing termasuklah jurnal-jurnal perdagangan, iklan, artikel-artikel akhbar, fail kerajaan, senarai para pelanggan, pengedar, pembekal selain para pesaing itu sendiri. Berdasarkan Michael Porter dalam bukunya Competitive Strategy, keadaan persaingan dalam suatu industri bergantung kepada (5) lima kekuatan persaingan utama, iaitu:-



RUJUKAN :- http://digilib.petra.ac.id/jiunkpe/s1/eman/2010/jiunkpe-ns-s1-2010-31406068-14793-radio-chapter2.pdf

Sebagai aktiviti dalam kelas, lecturer telah membahagikan kami kepada 3 group untuk membincangkan tentang Kuasa Persaingan dalam industri automotif, telekomunikasi dan penerbangan. Group saya membincangkan kuasa persaingan dalam industri automotif, di mana kami memilih syarikat PERODUA berbanding PROTON. Perbentangan adalah seperti berikut :


Hasilnya, group yang diwakili Ms. Aina dipuji oleh lecturer b’coz pembentangan yang ringkas, mudah & best berbanding group lain..Hoorey =)

Sesebuah organisasi dapat bertahan dalam tempoh masa jangka panjang jika berjaya mengembangkan strategi untuk menghadapi tekanan persaingan yang lazim dihadapi dalam industri.

Subtopik 2.2 : Strategi Persaingan

Strategi persaingan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi berjaya apabila melakukan beberapa strategi yang mempunyai kepentingan kepada pelanggannya, yang mana strategi itu lebih baik daripada yang dilakukan oleh pesaingnya. Antara strategi pesaingan adalah seperti berikut :-


Kesemua strategi persaingan ini sangat penting untuk menentukan kejayaan organisasi, di mana ia dapat meningkatkan kemampuan organisasi untuk menggunakan alternatif yang terbaik untuk bersaing. Ini dapat membantu organisasi menyesuaikan diri dengan perubahan yang cepat dan terjadi secara berulang, selain mengurangkan persaingan dalam industri.

Untuk itu, berdasarkan kelima-lima strategi persaingan yang dinyatakan, saya membuat kesimpulan dengan mengambil contoh dari syarikat automotif – Perodua (sambungan dari 5 kuasa persaingan)


RUJUKAN :- http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/3658/1/09E00760.pdf

P/S :-Strategi yang paling hebat ditakdirkan gagal jika dilaksanakan dengan buruk (Bernard Reimenn)

Ahad, 13 November 2011

PENGENALAN KEPADA HRIS

a)Apa itu Sis. Maklumat Sumber Manusia :-

HRIS..adalah singkatan kepada HUMAN RESOURSE INFORMATION SYSTEM atau versi BM Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM)…Kod Subjek SHP 3423 Di mana subjek ni yang saya ambil for this semester, UTM..Kelas setiap AHAD di BK7, FPPSM, UTM ini baru bermula 16 Okt yang lalu diajar oleh DR. NUR NAHA yang sweet n nice lecturer..=)

Sebelum bercerita tentang lebih lanjut, seharusnya kita perlu memahami beberapa istilah penting yang sering digunapakai dalam HRIS adalah seperti :-



SISTEM MAKLUMAT boleh satu kombinasi komponen meliputi manusia, perkakasan, perisian, rangkaian yang berkaitan antara satu sama lain dan saling berinteraksi, memproses dan menghasilkan output yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Sistem ini menerima semua data transaksi (in-out)



MANUSIA dikenali sebagai “Pengguna Komputer” iaitu seseorang yang memiliki pengetahuan teknikal berkaitan teknologi maklumat yang menggunakan komputer untuk berhibur,belajar atau bekerja



SUMBER boleh terdiri daripada sumber formal (memo, surat pekeling, surat rasmi), tidak formal (Arahan dan percakapan), dan berkomputer (melibatkan penggunaan komputer, teknologi dan perisian).



DATA adalah fakta mentah (yang belum diproses) yang diperolehi dari sesuatu aktiviti. Cthnya; nama, ukuran tinggi, markah exam, tajuk buku dan bil. brg. Data perlu diproses ke dalam bentuk maklumat.



MAKLUMAT adalah data yang telah diproses ke dalam bentuk yang berguna + bermakna. Cthnya; keputusan exam, senarai brg yang dibeli dan gaji bersih. Maklumat yang dihasilkan oleh sistem maklumat adalah spt laporan, graf, paparan pada skrin.



Menurut Cushing & Romney (1990), SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN adalah set sumber manusia & modal di dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengumpul & memproses data untuk menghasilkan maklumat yang berguna kepada semua tahap pengurus. Maklumat yang disediakan oleh sistem ini akan digunakan oleh pengurus untuk merancang & mengawal aktiviti organisasi .



RUJUKAN : - http://journalarticle.ukm.my/2476/1/JP21-08.pdf



b) Komponen Sistem Maklumat :










c) Peranan & Fungsi Sistem Maklumat :-





d) Kategori Sistem



Suatu sistem maklumat boleh dikategorikan kepada 2 iaitu MANUAL & AUTOMASI; Di mana MANUAL adalah sistem yang tidak menggunakan teknologi sebagai transaksi, biasanya sistem ini TIDAK FORMAL, Diperolehi dari sumber2 bertulis seperti lakaran di atas “paper”, yang ditulis menggunakan pen or sebarang bentuk alat tulis. Biasanya, ia tidak direkodkan, cara penyampaian juga berubah & berbeza bila disampaikn..



Sebelum kehadiran komputer, semua sistem maklumat adalah dalam bentuk MANUAL iaitu proses pengumpulan data dan mengolah maklumat dilaksanakan tanpa menggunakan komputer. Apabila wujudnya komputer, hampir kebanyakan sistem maklumat yang digunakan dewasa ini adalah bentuk AUTOMASI atau menggunakan komputer menyebabkan istilah sistem maklumat menjadi sinonim dengan sistem maklumat berasaskan komputer (CBIS). Sistem maklumat AUTOMASI adalah sistem yang tepat, sistematik dan pantas dapat diwujudkan melalui penggunaan komputer.



RUJUKAN :- http://ihashimi.aurasolution.com/networking/pengenalan_sistem_maklumat.pdf



Mengikut kepahaman saya, SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA merupakan satu kombinasi yang terdiri daripada sistem maklumat berasaskan komputer (meliputi perkakasan, perisian dan rangkaian) dan pengurusannya dikendalikan oleh manusia bermula dr proses kewujudan, pengumpulan, pemprosesan dan pengagihan data kepada bentuk yang diperlukan (softcopy or hardcopy)..SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA adalah salah satu sistem maklumat pengurusan yang perlu dibangunkan dalam sesebuah organisasi bagi mengurus aktiviti-aktiviti sumber manusia seperti perlantikan, latihan, ganjaran, pemecatan dan kenaikan pangkat.



P/S : Perlukah orang mempunyai alat, Pelindung akal dari yang palsu,
Ilmu logika namanya alat, Alat pencapai semua ilmu. (Ibnu Sina)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...