Selasa, 15 November 2011

USING INFORMATION TECHNOLOGY FOR GAINING COMPETITIVE ADVANTAGE.

Subtopik 2.1 : Kuasa Persaingan

Sistem maklumat membantu organisasi untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan kewujudan teknologi, organisasi dapat memperolehi beberapa kepentingan seperti menjalankan operasi dengan sistematik dan pantas seiring dengan perkembangan teknologi, meningkatkan saluran komunikasi, meluaskan pasaran dan kerjasama luar dengan organisasi lain, memperolehi maklumat terkini seperti trend atau citarasa pelanggan, dan yang utama dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT) dalam organisasi melalui sistem maklumat.

Oleh itu, sistem maklumat strategik perlu dibangunkan di mana sistem ini menyokong, membentuk dan melakukan strategik kompetitif dalam sesebuah organisasi. Sistem ini boleh merubah matlamat, proses, produk atau hubungan persekitaran dalam membantu organisasi mendapat kelebihan strategik. Strategik merujuk kepada suatu keadaan jangka masa panjang serta kebaikan/keuntungan besar yang diperolehi organisasi berbanding organisasi lain. Kompetitif adalah bersifat persaingan; cenderung atau suka bersaing. Menurut Porter (1985), kompetitif merupakan penentu kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan strategik sistem maklumat dan sumber manusia saling memerlukan untuk mempengaruhi strategi organisasi.



Kemunculan teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam pengurusan strategik, antaranya seperti mewujudkan aplikasi yang mendatangkan kelebihan strategik kepada organisasi, menyokong perubahan strategik (contohnya; re-engineering), mengurangkan kos, seperti kos pengiklanan/kos perjalanan dan memberi kompetitif/persaingan perniagaan yang sengit. Dalam kebanyakkan industri, maklumat telah menjadi fakta yang paling penting untuk membezakan samada sesebuah organisasi itu berjaya atau tidak. Proses pengurusan yang strategik boleh dimudahkan bagi organisasi yang mempunyai sistem maklumat yang berkesan. Maklumat yang dikumpul, diperbaiki dan disimpan boleh digunakan untuk membantu kelebihan bersaing dalam beberapa cara seperti jualan silang kepada pengguna, pemantauan pembekal, memastikan pekerja dan pengurus sentiasa bermaklumat dan menyelaraskan aktiviti sesama bahagian dalam organisasi.

Sistem maklumat yang baik membantu mengurangkan kos. Contohnya, pesanan secara talian (on-line) daripada jurujual kepada kemudahan pengguna dapat mengurangkan masa pesanan belian dan mengurangkan kos inventori. Pembaikan kualiti dan perkhidmatan selalunya terhasil daripada pembaikan sistem maklumat.

Mengumpul dan menilai maklumat pesaing amat penting untuk kejayaan pembentukan strategi. Dewasa ini, banyak organisasi menggunakan kemajuan teknologi maklumat; internet untuk memperolehi kebanyakkan maklumat pesaing. Dengan internet, maklumat pesaing diperolehi dengan lebih pantas, teliti, mudah dan tepat. Maklumat pesaingan sebenarnya boleh digunakan dalam keputusan-keputusan pembentukan, perlaksanaan dan penilaian strategi. Sumber-sumber maklumat pesaing termasuklah jurnal-jurnal perdagangan, iklan, artikel-artikel akhbar, fail kerajaan, senarai para pelanggan, pengedar, pembekal selain para pesaing itu sendiri. Berdasarkan Michael Porter dalam bukunya Competitive Strategy, keadaan persaingan dalam suatu industri bergantung kepada (5) lima kekuatan persaingan utama, iaitu:-



RUJUKAN :- http://digilib.petra.ac.id/jiunkpe/s1/eman/2010/jiunkpe-ns-s1-2010-31406068-14793-radio-chapter2.pdf

Sebagai aktiviti dalam kelas, lecturer telah membahagikan kami kepada 3 group untuk membincangkan tentang Kuasa Persaingan dalam industri automotif, telekomunikasi dan penerbangan. Group saya membincangkan kuasa persaingan dalam industri automotif, di mana kami memilih syarikat PERODUA berbanding PROTON. Perbentangan adalah seperti berikut :


Hasilnya, group yang diwakili Ms. Aina dipuji oleh lecturer b’coz pembentangan yang ringkas, mudah & best berbanding group lain..Hoorey =)

Sesebuah organisasi dapat bertahan dalam tempoh masa jangka panjang jika berjaya mengembangkan strategi untuk menghadapi tekanan persaingan yang lazim dihadapi dalam industri.

Subtopik 2.2 : Strategi Persaingan

Strategi persaingan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi berjaya apabila melakukan beberapa strategi yang mempunyai kepentingan kepada pelanggannya, yang mana strategi itu lebih baik daripada yang dilakukan oleh pesaingnya. Antara strategi pesaingan adalah seperti berikut :-


Kesemua strategi persaingan ini sangat penting untuk menentukan kejayaan organisasi, di mana ia dapat meningkatkan kemampuan organisasi untuk menggunakan alternatif yang terbaik untuk bersaing. Ini dapat membantu organisasi menyesuaikan diri dengan perubahan yang cepat dan terjadi secara berulang, selain mengurangkan persaingan dalam industri.

Untuk itu, berdasarkan kelima-lima strategi persaingan yang dinyatakan, saya membuat kesimpulan dengan mengambil contoh dari syarikat automotif – Perodua (sambungan dari 5 kuasa persaingan)


RUJUKAN :- http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/3658/1/09E00760.pdf

P/S :-Strategi yang paling hebat ditakdirkan gagal jika dilaksanakan dengan buruk (Bernard Reimenn)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...