Sabtu, 19 November 2011

KESIMPULAN DARI TOPIK 1-3

Sistem maklumat komputer amat meluas penggunaanya, ia bukan sahaja terhad kepada organisasi bersaiz besar, bahkan digunakan oleh syarikat-syarikat kecil sehingga peringkat individu di rumah. Peranan sistem maklumat dipengaruhi oleh jenis industri di mana ia dibezakan dgn jenis sistem yang digunakan, samada manual, separa sistem atau sepenuhnya bersistem (on-line).


Secara umumnya, sistem maklumat dibangunkan mengikut hirarki organisasi, samada untuk headquarter, bahagian, department, unit atau mungkin setiap pekerja. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan canggih, pengurusan sumber manusia juga perlu berubah. Bagaimana organisasi memperoleh, mengumpul, merancang dan menilai sumber manusia menggunakan kemajuan teknologi maklumat perlu dititik berat. Semua bahagian dalam organisasi memainkan peranan penting bermula pihak pengurusan atasan sehingga bawahan untuk membangunkan sistem maklumat supaya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi pengguna akhir.


Pengurusan sistem perlu dilakukan secara teliti dengan komitmen dari pelbagai pihak. Namun begitu, sistem yang kompleks dan besar serta menggunakan kos tinggi adalah berisiko besar untuk kegagalan jika tida diuruskan dengan teliti. Reka bentuk antara muka adalah penting kerana ia adalah titik interaksi antara manusia-komputer yang akan menentukan senang atau mudahnya sistem itu digunakan. Untuk berjaya, organisasi perlu menggunakan segala kekuatan, mengambil peluang pasaran, mengenalpasti ancaman dan mengatasi kelemahan yang ada samada dalaman atau luaran organisasi untuk membangunkan sesebuah sistem maklumat.


Hari ini, organisasi berada di tengah-tengah penstrukturan semula pasaran dunia global. Pihak pengurusan mendapati bahawa untuk meneruskan hidup, mereka bersaing dalam pasaran antarabangsa serta menangkis percubaan organisasi asing bertapak di Negara mereka. Untuk menyahut cabaran ini, perniagaan perlu mewujudkan pasaran dunia, menggunakan amalan-amalan mereka untuk menambahbaik keberkesanan global dan menyediakan sumber manusia bertugas di peringkat global.


Globalisasi merupakan sebuah realiti kehidupan, di mana globalisasi tidak boleh dihindari oleh setiap organisasi dan Negara. Globalisasi tidak boleh disekat, tetapi kita kena bijak mengatur strategi untuk memanfaatkannya. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengenali antara satu sama lain dan memahami apa yang berlaku diperingkat global.


P/S : Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau silap lecturer tolong ajarkan…=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...