Sabtu, 19 November 2011

KESIMPULAN DARI TOPIK 1-3

Sistem maklumat komputer amat meluas penggunaanya, ia bukan sahaja terhad kepada organisasi bersaiz besar, bahkan digunakan oleh syarikat-syarikat kecil sehingga peringkat individu di rumah. Peranan sistem maklumat dipengaruhi oleh jenis industri di mana ia dibezakan dgn jenis sistem yang digunakan, samada manual, separa sistem atau sepenuhnya bersistem (on-line).


Secara umumnya, sistem maklumat dibangunkan mengikut hirarki organisasi, samada untuk headquarter, bahagian, department, unit atau mungkin setiap pekerja. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan canggih, pengurusan sumber manusia juga perlu berubah. Bagaimana organisasi memperoleh, mengumpul, merancang dan menilai sumber manusia menggunakan kemajuan teknologi maklumat perlu dititik berat. Semua bahagian dalam organisasi memainkan peranan penting bermula pihak pengurusan atasan sehingga bawahan untuk membangunkan sistem maklumat supaya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi pengguna akhir.


Pengurusan sistem perlu dilakukan secara teliti dengan komitmen dari pelbagai pihak. Namun begitu, sistem yang kompleks dan besar serta menggunakan kos tinggi adalah berisiko besar untuk kegagalan jika tida diuruskan dengan teliti. Reka bentuk antara muka adalah penting kerana ia adalah titik interaksi antara manusia-komputer yang akan menentukan senang atau mudahnya sistem itu digunakan. Untuk berjaya, organisasi perlu menggunakan segala kekuatan, mengambil peluang pasaran, mengenalpasti ancaman dan mengatasi kelemahan yang ada samada dalaman atau luaran organisasi untuk membangunkan sesebuah sistem maklumat.


Hari ini, organisasi berada di tengah-tengah penstrukturan semula pasaran dunia global. Pihak pengurusan mendapati bahawa untuk meneruskan hidup, mereka bersaing dalam pasaran antarabangsa serta menangkis percubaan organisasi asing bertapak di Negara mereka. Untuk menyahut cabaran ini, perniagaan perlu mewujudkan pasaran dunia, menggunakan amalan-amalan mereka untuk menambahbaik keberkesanan global dan menyediakan sumber manusia bertugas di peringkat global.


Globalisasi merupakan sebuah realiti kehidupan, di mana globalisasi tidak boleh dihindari oleh setiap organisasi dan Negara. Globalisasi tidak boleh disekat, tetapi kita kena bijak mengatur strategi untuk memanfaatkannya. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengenali antara satu sama lain dan memahami apa yang berlaku diperingkat global.


P/S : Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau silap lecturer tolong ajarkan…=)

Khamis, 17 November 2011

GLOBALISASI SISTEM MAKLUMAT


Subtopik 3.1 : Pengenalan Kepada Globalisasi


Apa itu GLOBALISASI ??


Terlalu banyak definisi globalisasi dalam erti kata yang berlainan, dengan pandangan dari ahli falsafah. Perkataan "globalisasi" diambil dari kata global, yang maknanya ialah universal. Globalisasi adalah integrasi pasaran, negeri-negara, dan teknologi yang membolehkan capaian seluruh dunia oleh individu, syarikat dan negeri-negara yang lebih jauh, lebih pantas, lebih mendalam, lebih murah yang tidak pernah dicapai sebelumnya.
Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Globalisasi ditakrifkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Persekitaran luaran dan dalaman organisasi mempengaruhi kewujudan globalisasi.


Pengertian globalisasi yang luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.


RUJUKAN :- http://www.ukm.my/~penerbit/sari22-05.pdf


Subtopik 3.2 : Strategi Perniagaan Global


Sistem maklumat boleh menyokong strategi global yang berbeza, di mana cara susunan, pengurusan dan pembangunan sistem maklumat biasanya berdasarkan kepada strategi global yang dipilih. Sistem maklumat boleh menyokong strategi global yang berbeza kerana dengannya organisasi dapat mengkordinasikan keperluan pemasaran, pengguna, penyebaran produk dengan sistem yang berkesan mengikut strategi global yang dipilih.


Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology) akan terus menjana proses globalisasi ini. Pengurusan globalisasi didorong oleh dua elemen iaitu tekanan dan tindakbalas peringkat domestik (melibatkan ketepuan pasaran dan kos operasi) dan tekanan dan tindakbalas peringkat global (dari segi permintaan dan strategi perniagaan).


Strategi perniagaan global bermula dengan strategi di peringkat domestik (tempatan), multi-domestik atau multinational, peringkat global, antarabangsa dan seterusnya ke peringkat transnational. Setiap peringkat menggunakan strategi perniagaan yang berbeza mengikut keperluan dan kehendak pasaran. Antara elemen dalam membangunkan strategi termasuklah strategi pemasaran, produk, kategori produk dan pengiklanan.


Organisasi yang memasuki pasaran global mestilah menerima hakikat bahawa pasaran bukanlah gambaran sebenar Negara tempat tinggal mereka. Penggunaan keempat-empat strategi dibandingkan dengan tindakbalas pengguna tempatan dengan penglibatan kos boleh dilihat dalam gambarajah berikut :-





Globalisasi yang berteraskan teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan juga yang dirasakan secara langsung pada semua peringkat. Kewujudan ratusan cyber café atau Warnet di seluruh Negara adalah bukti paling nyata tentang perkembangan globalisasi ini. Sistem perbankan elektronik dengan ribuan mesin ATM yang membolehkan pengeluaran wang pada bila-bila masa selama 24 jam sehari juga adalah contoh kewujudan globalisasi. Hari ini, kombinasi teknologi satelit dengan teknologi maklumat telah menyebabkan ledakan penggunaan telefon bimbit berkembang dengan pantas. Banyak lagi contoh dan bukti yang menunjukkan bagaimana perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi telah memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia.


RUJUKAN : http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/E/JT37E4.pdf


Syarikat gergasi telekomunikasi Malaysia, TELEKOM adalah salah satu contoh organisasi yang berjaya dalam perniagaan global.



RUJUKAN : http://www.tm.com.my/about-tm/investor-relations/annual-reports/Documents/TM2008_BM_3.pdf

P/S : Firma yang berterusan menggunakan strategi yang berjaya sebelumnya akhirnya akan menjadi mangsa kepada para pesaing (William Cohen)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...